suria

“Mungkin tercicir agaknya?” - Kelayakan akademik Zuraida pula dipersoal

Zuraida Kamaruddin.

SELEPAS kelayakan akademik Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dipersoalkan, Zuraida Kamaruddin pula menjadi perhatian di media sosial.

Ijazah sains Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dipersoalkan oleh pengguna Twitter, Don Juan deRyezal.

"Assalamualaikum YBM @zuraida_my Kami gagal menemui carian nama YBM di National University of Singapore. Mungkin tercicir agaknya?," tulisnya.

Tulisannya di Twitter turut menyertakan infografik Bernama, yang menunjukkan beliau memperoleh ijazah Sains Sosial dari NUS, manakala portal pengesahan ijazah dalam talian universiti tersebut tidak menemui keputusan dalam carian nama naib presiden PKR itu.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Johor tak jawab soalan media isu ijazah UPM

ARTIKEL BERKAITAN: Marzuki kemuka bukti miliki Ijazah CIU

Semakan The Star menerusi portal carian itu turut mendapat keputusan yang sama.

Zuraida tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara tersebut.

Sumber terdekat kepada Zuraida mengesahkan beliau ketika ini menunaikan umrah.

"Kita akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini tidak lama lagi," tambahnya.

Kelayakan akademik beberapa ahli politik Pakatan Harapan dipersoalkan sejak kebelakangan ini. - The Star

Zuraida Kamaruddin, NUS

Artikel Sebelum

Artikel Lain