suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB Johor tak jawab soalan media isu ijazah UPM

Gambar fail Osman Sapian. Foto Bernama

MENTERI Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengabaikan soalan daripada media ketika ditanya mengenai kelayakan pendidikannya berikutan isu membabitkan kelayakan pemimpin sejak kebelakangan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas yang juga pengerusi Pakatan Harapan negeri menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Yayasan Sejahtera Kulai di Dewan Serbaguna Taman Putri Kulai di Kulai, Sabtu.

Selepas majlis tersebut, sekumpulan pemberita cuba bertanyakan Osman mengenai khabar angin di media sosial yang mempersoalkan kelayakan akademiknya.

Beliau bagaimanapun mengabaikan soalan-soalan tersebut dan hanya tersenyum sebelum masuk ke dalam kereta dan segera meninggalkan premis.

Halaman facebook Ops Johor mendakwa Osman tidak memperoleh ijazah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dan memuat naik paparan skrin carian web nama Osman di portal UPM dan menunjukkan tiada carian dijumpai.

Portal kerajaan Johor mengatakan bahawa Osman memperoleh sijil perakaunan dari Kolej Metro Manila di Filipina pada 1985, termasuk diploma dan ijazah perakaunan dari UPM.

Bagaimanapun, ia tidak menyebut tahun diploma dan ijazah dari UPM itu dianugerahkan.

Awal bulan ini, isu kelayakan akademik hangat diperkatakan selepas kesahihan ijazah yang diperoleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dipersoalkan. - The Star

Osman Sapian, Marzuki Yahya, UPM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain