suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas ahli Parlimen Johor ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas anggota Parlimen Johor, atas tuduhan rasuah.

Menurut sumber, individu bergelar Datuk berusia 56 tahun itu merupakan bekas ahli lembaga pengarah Felda.

Beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 12.40 tengah hari Sabtu, dan akan dikenakan tindakan di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru pada Ahad.

Dipercayai suspek menggunakan kedudukannya di Felda untuk meluluskan pelantikan sebuah syarikat untuk mencetak buletin berita Felda, 1Suara dari 2012 hingga 2015, menerusi perjanjian bernilai lebih RM13 juta.

Sebagai pulangan, beliau didakwa menerima wang tunai RM50,000 pada 2013, dan didakwa menerima sebidang tanah di Kota Tinggi bernilai RM180,000 pada 2014.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. - The Star

SPRM, Felda

Artikel Lain