suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjawat awam cuai, tidak laksana arahan kerajaan wajar dikenakan tindakan

PENJAWAT awam di semua peringkat yang secara sengaja atau cuai serta tidak melaksanakan arahan kerajaan baharu wajar dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji.

Beliau berkata semua penjawat awam harus mengamalkan sikap kerja 'tiada karut-marut' sebagai mendukung usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan keadaan setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan terdahulu.

"Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa masih terdapat pegawai kementerian dan jabatan yang masih menyokong kerajaan terdahulu.

"Aktiviti dan tindak tanduk mereka yang melambat-lambatkan kerja termasuk juga yang bertentangan dengan prinsip kerajaan yang memerintah amatlah mengecewakan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohamed Arshad yang menyifatkan situasi berkenaan sebagai 'Napoleon kecil' tidak harus dibiarkan berterusan memandangkan kerajaan PH sedang melakukan yang terbaik bagi memperbetulkan salah laku kerajaan terdahulu khususnya dalam tadbir urus kewangan dan ekonomi negara.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar kerajaan menguatkuasakan pengawasan lebih rapi terhadap perbuatan menyebarkan mesej khususnya di media sosial yang berniat jahat serta menimbulkan kebencian di kalangan rakyat terhadap kerjaan PH. - BERNAMA

penjawat awam, Patriot

Artikel Berikut

Artikel Lain