suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis halang lelaki dewasa kahwini budak 11 tahun

Gambar hiasan.

POLIS di Buttrworth, Pulau Pinang berjaya menghalang seorang kanak-kanak perempuan bangsa Rohingya berumur 11 tahun daripada melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki berumur 20 tahun pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata keluarga kanak-kanak itu bersetuju untuk menangguhkan perkahwinan itu setelah dinasihati pegawai polis yang turut dibantu pegawai tadbir agama daerah ini.

"Kami juga memaklumkan jika mereka ingin meneruskan perkahwinan, mereka perlu melalui proses permohonan perkahwinan dengan pihak pejabat Agama Islam dan mahkamah. Mereka mengaku faham dan akan patuh pada arahan," katanya ketika dihubungi malam Jumaat.

Menurutnya satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengarah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di sini Rabu lepas yang mendedahkan kanak-kanak berkenaan yang merupakan bekas pelajar di pusat pembelajaran kelolaan NGO itu akan dikahwinkan.

"Susulan laporan polis yang dibuat lelaki itu, polis berjaya mengesan kanak-kanak perempuan berkenaan dan keluarganya di Taman Perai di sini serta mengadakan pertemuan bagi mendapatkan penjelasan daripada mereka berhubung laporan berkenaan," katanya.

Nik Ros Azhan berkata bapa kanak-kanak itu yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak mengaku mahu mengahwinkan anaknya itu dengan seorang lelaki berusia 20 tahun atas alasan lelaki itu dapat menjaga anaknya.

Katanya susulan persetujuan keluarga kanak-kanak perempuan tersebut untuk menangguhkan perkahwinan berkenaan, polis telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan memantau kanak-kanak perempuan itu dari semasa ke semasa.

Menurutnya pihak Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) turut dimaklumkan berhubung perkara itu ekoran semua yang terlibat dalam kes itu merupakan pemegang kad UNHCR. - BERNAMA

kahwin, bawah umur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain