suria

Keluarga budak yang ditawan nafi wujud unsur dendam

TUARAN: Ahli keluarga kanak-kanak perempuan yang ditawan oleh seorang suspek dalam kejadian di sebuah unit di tingkat empat pangsapuri di Telipok di sini menafikan insiden tersebut bermotifkan dendam.

Nenek kanak-kanak tersebut, Sharmala Mohd Akhir berkata, suspek terbabit tidak dikenali oleh pihak keluarga dan mengetahui tentang cucunya diculik selepas melihat orang ramai berkumpul di kawasan tersebut.

“Kami tidak kenal langsung dan tidak pernah nampak lelaki itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes tebusan: Suspek ditembak mati, budak perempuan berjaya diselamatkan

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Nor Fatihah Nasir pula berkata ketika kejadian, ibu kanak-kanak tersebut berada di dalam rumah.

Mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.

“Si ibu hanya tahu anak diculik selepas diberitahu oleh jiran,” katanya

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata tindakan menembak suspek diambil selepas lelaki terbabit cuba mencampak kanak-kanak tersebut dari tingkap dapur unit kediaman berkenaan kira-kira 5.32 petang tadi.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di lokasi kejadian, Omar berkata terdahulu polis menerima laporan seorang kanak-kanak perempuan diculik seorang lelaki tidak dikenali pada 4 petang. - Bernama

tebusan

Artikel Lain