suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Media sosial kecoh posting lucah, Hishammuddin kata akaun Twitternya digodam

Hishammuddin Tun Hussein.

PETALING JAYA: Media sosial kecoh selepas seorang ahli Parlimen Umno mengejutkan para pengikutnya pada Rabu, dengan 'menyukai' (like) satu posting pornografi yang mengandungi kandungan eksplisit, di akaun Twitternya.

Kekecohan itu membabitkan bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila kandungan erotik memaparkan video yang tidak ditapis.

Posting tersebut bertajuk "******* the stepmother with force".

Sejurus selepas status 'like' tersebut dikemaskini, beberapa pengikut menulis di Twitter Hishammuddin, dengan paparan skrin kandungan tersebut, bagi menuntut penjelasan.

"Sila perjelasakan (kepada) kami," kata pengguna @nurrrzuqmi.

Seorang lagi pengguna @mvtthvmzvh berkata "seseorang dari pada kumpulan media sosial anda akan menerima kesan teruk".

Ahli Parlimen Sembrong itu ketika dihubungi berkata, akaun Twitternya nampaknya telah diceroboh.

"Digodam. Budak-budak saya menyelesaikannya," katanya secara ringkas menerusi maklum balas di aplikasi WhatsApp, berserta tiga emotikon ketawa.

"Sekurang-kurangnya saya masih relevan," tambah Hishammuddin, yang sedang bercuti bersama keluarga di luar negara.

Difahamkan, bekas menteri pertahanan itu mempunyai sekumpulan kakitangan yang menguruskan platform media sosialnya.

Kandungan eksplisit itu telah ditarik keluar dari Twitter Hishammudin, dan berdasarkan semakan terhadap pengendali asal yang memuat naik posting itu mendapati akaun tersebut tidak lagi wujud. - The Star

Hishammuddin Tun Hussein

Artikel Lain