Nik Omar mulakan tugas sebagai YDP Yadim - Semasa | mStar

Nik Omar mulakan tugas sebagai YDP Yadim

Nik Omar (kanan) dan Timbalannya, Zolkharnain Abidin mengetip kad perakam waktu bagi memulakan tugas secara rasmi pada Khamis. fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu Nik Omar Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Zolkharnain Abidin memulakan tugas secara rasmi pada Khamis.

Pada hari pertama mereka, Nik Omar dan Zolkharnain diberi taklimat mengenai badan dakwah itu oleh Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan Yadim Redhaudin Kamaruzaman dan Pengurus Besar Operasi, Mohd Fuad Samsudin.

Pelantikan Nik Omar dan Zolkharnain diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa pada 14 Disember lepas.

Menurut Yadim dalam kenyataan pada Khamis, Nik Omar merupakan Yang Dipertua yang ke-13 sejak badan dakwah itu ditubuhkan pada 1974.

Beliau menggantikan Dr Yusri Mohamad yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Oktober lepas.

Yadim ialah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.

Ia ditubuhkan sebagai sebuah badan yang bertindak bagi menyelaras aktiviti serta program dakwah terutamanya oleh badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini. - BERNAMA

Nik Omar , Yadim

Artikel Sebelum

RUU mansuh hukuman mati dibentang tahun depan

Artikel Berikut

Artikel Lain

Manchester United sedia pujuk Pogba