Kad kahwin Adib Sabtu ini separuh sudah diedar, tempahan kahwin dibatal

Tinggal kenangan. Nurul Najihah tidak dapat meneruskan rancangan untuk mendirikan rumahtangga bersama Muhammad Adib.

PETALING JAYA: Impian keluarga untuk melihat Nurul Najihah Mohd Radzi disatukan dengan Muhammad Adib Mohd Kassim pada Sabtu ini hanya tercatat pada kad jemputan perkahwinan selepas anggota bomba itu menghembus nafas terakhir pada malam Isnin.

Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya meninggal dunia selepas bertarung nyawa hampir sebulan akibat cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh kuil Sri Maha Mariamman.

Ibu tunangnya, Haliza Abu Bakar berkata, anak mereka reda dengan kehilangan Muhammad Adib kerana menganggap ia adalah ketentuan Ilahi.

ARTIKEL BERKAITAN: Adib meninggal dunia di IJN

ARTIKEL BERKAITAN: "Tunang saya masih selamat. Tolong hentikan yang bukan-bukan"

Nurul Najihah dan Muhammad Adib sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Sabtu ini.

"Saya tak boleh cakap apa lagi tentang keadaan Nurul Najihah, minta maaf ya.

"Sedih tu biasalah, tapi dia reda dengan apa yang terjadi," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Ketika ditanya tentang persiapan perkahwinan mereka, Haliza berkata mereka sebelum ini terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan sehingga keadaan Muhammad Adib kembali pulih.

Kad kahwin Muhammad Adib dan Nurul Najihah.

"Ketika Adib di hospital, kami tunggu keputusan daripada pihak keluarga lelaki... dan bersepakat untuk menangguhkannya.

"Kad kahwin baru separuh diedarkan tapi kami dah batalkannya sebab nak tunda ke tarikh lain.

"Semua tempahan (majlis kahwin) juga sudah ditunda. Bila jadi macam ni, tempahan akan dibatalkan. Tak adalah nak buat kenduri apa lagi kan," jelasnya yang akan ke lokasi pengebumian anggota bomba itu di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Majlis persandingan pasangan itu untuk sebelah keluarga perempuan sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini di Taman Damai, Mentaloon. Alor Setar, Kedah.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib tiba dengan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mendarat di Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kuala Kedah pada pukul 10.30 pagi Selasa untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Jenazah Muhammad Adib dibawa pulang dengan menaiki helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Adib dan tunangnya berasal dari negeri yang sama.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib mengalami cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Allahyarham ketika itu, menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil berkenaan.

Susulan kematian anggota bomba berusia 24 tahun itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata kes itu kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Muhammad Adib

Artikel Sebelum

Isteri Adun Panti meninggal dunia

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain