suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemimpin PH terkejut dengan berita peletakan jawatan Nurul Izzah

PETALING JAYA: Keputusan Nurul Izzah Anwar untuk meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR dan ketua PKR Pulau Pinang nerlaku secara tiba-tiba sehingga ia mengejutkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain, termasuk rakan daripada parti itu sendiri.

Pengerusi PH dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu kenapa Ahli Parlimen Permatang Pauh melepaskan jawatan dalam partinya, tetapi percaya bahawa beliau mempunyai alasan yang baik untuk berbuat demikian.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku di PKR," katanya.

Nurul Izzah turut menunjukkan kekecewaannya di Twitter apabila Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, seorang ahli politik PH mencadangkan dia menarik balik peletakan jawatannya supaya beliau dapat terus membantu melakukan reformasi secara holistik.

Rais Hussin juga berkata bahawa beliau percaya bahawa Nurul Izzah akan bangkit lebih kuat.

Nurul Izzah membalas kepada tweet tersebut sehingga ia menjadi tular: "Mohon jangan memberi komen bagi pihak saya @raishussin".

Rais merupakan ketua strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau akan berbincang dengan Nurul Izzah untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku.

Naib Presiden PKR Tian Chua pula berkata beliau menyokong keputusan ahli Parlimen Permatang Pauh itu. - The Star

Nurul Izzah, PKR

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia