suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menteri tak sebut isu 1MDB jadi silibus Sejarah - Dakwa Setiausaha Akhbar Maszlee

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Maszlee Malik tidak berkata isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menjadi sebahagian silibus baharu subjek Sejarah, jelas Setiausaha Akhbarnya, Shahrul Aman Mohd Saari.

"Laporan media menyebut Dr Maszlee berkata kes 1MDB akan dimasukkan dalam silibus Sejarah adalah tidak tepat. Keputusan sama ada ia akan dimasukkan dalam silibus itu bergantung kepada kajian jawatankuasa kurikulum kementerian," katanya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Shahrul berkata, Dr Maszee hanya menyebut isu berkenaan akan dimasukkan sebagai sebahagian sejarah negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berhubung usaha mengkaji semula subjek Sejarah di sekolah.

Tambahnya, kementerian tidak menghalang isu 1MDB menjadi kajian di institusi pengajian tinggi.

Pada Isnin, menteri berkenaan dilaporkan berkata: "Saya boleh memberi jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi di masa depan tidak akan mengulanginya."

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan secara spesifik sama ada isu 1MDB akan dimasukkan dalam kurikulum sekolah.


Maszlee, Sejarah, 1MDB

Artikel Berikut

Artikel Lain