suria

Maszlee jamin isu 1MDB masuk dalam subjek Sejarah sekolah

KUALA LUMPUR: Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kleptokrasi akan dimasukkan dalam silibus Sejarah, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi di masa depan tidak akan mengulanginya," katanya di Dewan Negara ketika sesi soal jawab, Isnin.

Maszlee menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berhubung usaha mengkaji semula subjek Sejarah di sekolah.

Ahmad bertanya sama ada sejarah tempatan diajar di sekolah swasta seperti di 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan secara spesifik sama ada isu 1MDB akan dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Terdahulu, Maszlee memaklumkan, Kementerian Pendidikan akan menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah dalam masa terdekat.

Katanya, jawatankuasa itu akan bekerjasama dengan jawatankuasa sedia ada termasuk pakar rujuk daripada pelbagai tokoh akademik dalam ilmu sejarah sama ada di dalam mahupun luar negara.

Beliau berkata kementerian itu juga akan mengadakan beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapatkan perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif.

"Kementerian prihatin dengan pandangan pelbagai pihak tentang mata pelajaran Sejarah Kurikulum standard Sejarah digubal dengan tujuan untuk murid memperoleh perspektif yang lebih luas tentang perkembangan dunia serta memperkukuhkan semangat jati diri dan setia kepada negara," katanya.




Sejarah, 1MDB, Sejarah

Artikel Lain