Wang RM300 juta milik Jho Low bakal dirampas? - Semasa | mStar

Wang RM300 juta milik Jho Low bakal dirampas?

Jho Low.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) akan merampas RM300 juta (AS$73 juta) milik ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Menurut laporan Astro Awani, DoJ berbuat demikian melalui saman sivil di Mahkamah Daerah Columbia (DC).

Pihak kehakiman mendakwa wang RM300 juta ini dicuri oleh Jho Low dari 1MDB.

DoJ akan merampas RM155 juta (AS$37.5 juta) dari sebuah akaun di Morgan Stanley di bawah nama Anicorn LLC.

Satu lagi akaun yang akan dirampas adalah sebanyak RM88 juta (AS$21 juta) dari sebuah akaun di Wells Fargo di bawah nama Artemus Group LLC.

Terdapa dua akaun Citibank di bawah nama Higginbotham yang turut akan dirampas, satu akan mempunyai baki sebanyak RM105 juta (AS$25 juta) dan satu lagi RM46 juta (AS$11 juta).

Menurut DoJ, kesemua akaun di atas berkaitan lansung dengan Jho Low.

Tuduhan yang dikenakan oleh DoJ terhadap Jho Low adalah menipu institusi kewangan AS dan mengubah wang haram (money laundering) daripada dana yang dikawal oleh Jho Low.

Sebelum ini, Jho Low telah didakwa di Mahkamah New York atas tuduhan mencuri wang 1MDB. Beliau masih belum dihadapkan ke muka keadilan sehingga kini.

Pengumuman rampasan AS$300 juta ini dibuat oleh Penolong Peguam Negara Brian A. Benczkowski dari Divisyen Jenayah Jabatan Keadilan, Penolong Pengarah Penjaga William F. Sweeney Jr. dari FBI New York Field Office, dan Agen Khas yang Bertugas Keith A. Bonanno dari Jabatan Pejabat Hakim Negara Inspektor (DoJ-OIG) Pejabat Penyiasatan Siber. - Sinar Harian

Jho Low , DoJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain