suria

Kecoh lagi ‘gambar tidak berbaju’, ini jawab Syed Saddiq

Perbandingan antara Syed Saddiq (kiri) dan Diego Tinoco (kanan). Foto Twitter naddyalbaity

PETALING JAYA: Seorang netizen dikejutkan dengan sekeping gambar seorang pemuda tidak berbaju yang dikatakan mirip Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya amat terkejut kerana ingatkan ini adalah Syed Saddiq untuk sesaat,” menurut tulisan seorang netizen menerusi akaun Twitter @starkidshaine pada Khamis.

Status tersebut disertakan dengan gambar seorang lelaki kacak yang tidak berbaju, tular sehingga diulang kicau lebih 20,000 kali dan mendapat lebih 12,000 tanda suka.

Status seorang netizen di Twitter yang menyangka seorang pemuda tidak berbaju mirip Syed Saddiq pada sekilas pandang.

Bagaimanapun, gambar lelaki tidak berbaju dengan gaya sambil menghisap rokok itu sebenarnya diulang kicau dari akaun Twitter milik Diego Tinoco, seorang pelakon Amerika.

Diego Tinoco yang baru berusia 20 tahun membintangi beberapa siri televisyen popular termasuk Teen Wolf dan On My Block.  

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq padam gambar tanpa baju jalani terapi ais di media sosial

ARIKEL BERKAITAN: Selepas tular gambar dalam tab mandi, Syed Saddiq nasihat media fokus isu lebih penting

Status yang tular di Twitter tersebut bagaimanapun turut meraih perhatian Ahli Parlimen Muar itu yang membuat ulang kicau pada Jumaat.

Gambar pelakon Amerika, Diego Tinoco yang dikatakan mirip Syed Saddiq.

Menteri Belia dan Sukan itu turut berseloroh menyangka gambar tersebut adalah dirinya sendiri pada sekilas pandang, namun beliau memberitahu dirinya bukan seorang perokok sebagaimana yang dipaparkan menerusi gaya pelakon berkenaan.

“Malah Syed Saddiq pun fikir ia adalah Syed Saddiq untuk sesaat. Kemudian Syed Saddiq yang sebenar ingat dia tidak merokok,” katanya sambil menyertakan tanda pagar memberitahu katakan tidak kepada merokok.

Syed Saddiq turut memberi reaksi secara berseloroh di Twitter berhubung gambar mirip wajahnya.

Netizen yang lain turut tidak terkecuali memberi maklum balas secara berseloroh berhubung gambar pelakon Amerika yang dikatakan mirip Syed Saddiq itu.

“Terdapat tujuh orang di dunia yang wajahnya iras seperti anda. Seorang dah jumpa, baki lagi enam,” katanya.

“Macam kembarlah. Kening tu sama, tapi kantoilah dia tu merokok,” kata seorang lagi netizen yang membuat persamaan dan perbezaan antara Syed Saddiq dan Diego Tinoco.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Foto SAMUEL ONG/The Star

Terdahulu, netizen dikejutkan dengan gambar Syed Saddiq tidak berbaju di dalam tab mandi melakukan terapi air sejuk selepas perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan sempena Hari Sukan Negara 2018, dimuat naik di laman sosial miliknya.

Tindakan menteri termuda berusia 25 tahun itu menerima kecaman dalam kalangan netizen, sebelum ia dipadamkan di laman sosial.

Syed Saddiq, Diego Tinoco

Artikel Berikut

Artikel Lain