Netizen ‘membawang’, tinggal komen jelik untuk model Bangladesh catwalk di LFW - Semasa | mStar

Netizen ‘membawang’, tinggal komen jelik untuk model Bangladesh catwalk di LFW

Foto: instagram Ramzan_Miah

BUKAN mudah untuk mencipta nama lebih-lebih lagi dalam industri peragaan berprestij di kota London.

Bagaimanapun, Ramzan Miah, 27, dari Bangladesh berjaya muncul di pentas peragaan London Fashion Week (LFW) September lalu, sebagai model Bangladesh pertama memperagakan pakaian sebuah jenama terkemuka.

Memetik laporan media tempatan, Ramzan mula berkecimpung dalam dunia peragaan sejak berusia 17 tahun.

Kariernya bermula dengan menyertai pertandingan persembahan fesyen di The Mallm Luton di mana seorang ejen melihat bakat serta potensi yang dimilikinya untuk diketengahkan sebagai model antarabangsa.

Tidak dinafikan, usahanya itu berjaya membuahkan hasil selepas terpilih menjadi model bagi acara fesyen berprestij di LFW.

Cayalah dik!

Bagaimanapun, beberapa hari selepas Ramzan menjadi perhatian netizen gara-gara menjadi individu pertama dari Bangladesh ke pentas peragaan itu, laman Instagramnya dicemari komen-komen jelik dari netizen!

 

Ketiak bawang...



F*** bangla...



Muka macam ni banyak kerja kat kilang aku...



Pandai cakap melayu ke?



Macam bodoh je fesyen kau...



Tak cakap bahasa kebangsaan masa interview pun kena marah...



Dalam banyak-banyak komen jelik yang ditinggalkan netizen kepada Ramzan, mujurlah ada segelintir rakyat Malaysia yang masih bersikap rasional dan baik hati mempertahankan model campuran British-Bangladesh itu dengan cara 'sekolahkan' mereka.

Memalukan bangsa betul!


Ramzan Miah , model , Bangladesh

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Bekas pemain Manchester United bersara

Bidaan nombor ALL 1 paling top!