suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rosmah dan dua anak beri keterangan berkaitan 1MDB

Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi memberi keterangan.

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini, pagi Jumaat bersama dua orang anaknya bagi memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang berbaju kurung putih tiba pada pukul 9.45 pagi bersama dua anaknya iaitu Riza Aziz dan Mohd Norashman yang juga dijangka memberi keterangan berhubung kes yang sama.

Rosmah sebelum ini dijadual memberi keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) semalam namun proses itu diminta ditangguhkan pada hari ini.

Pada 4 Oktober lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya berkemungkinan memanggil Rosmah bagi mengambil keterangan melibatkan pelbagai kes termasuk 1MDB.

Lebih 50 pengamal media mula berkumpul di bangunan itu yang menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sejak seawal 8 pagi tadi bagi membuat liputan-- BERNAMA

Artikel Lain