suria

Najib, Irwan Serigar dan Hasanah didakwa esok

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah akan didakwa pada Khamis berhubung beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan pada Rabu, memaklumkan mereka telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib dan Mohd Irwan Serigar Abdullah di mahkamah esok (Khamis).

Mereka akan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk pertuduhan tersebut.

SPRM berkata Najib dan Mohd Irwan Siregar hari ini dipanggil ke  di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut.

Najib yang tiba pukul 1.53 tengah hari tadi, meninggalkan SPRM pukul 5.01 petang selepas memberi keterangan.

Sumber SPRM pula berkata Mohd Irwan Serigar, yang tiba kira-kira 3.25 petang, ditahan ketika hadir memberi keterangan.-

SPRM dalam kenyataan sama turut memaklumkan telah mendapat izin mendakwa bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Ab Hamid berhubung isu pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia.

Hasanah akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga esok.

Najib, Mohd Irwan dan Hasanah didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.- Bernama

Najibm Irwan, Hasanah

Artikel Sebelum

Artikel Lain