Ambulans dalam perjalanan ambil pesakit dirempuh MPV, dua kakitangan klinik cedera

Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (Gambar Hiasan)

KUANTAN: Dua kakitangan Klinik Kesihatan Gambang di sini, cedera apabila ambulans dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat Jalan Segamat-Gambang di sini, Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kejadian berlaku pukul 5.40 petang, semasa mangsa yang merupakan seorang jururawat dan seorang pembantu perawatan kesihatan dalam perjalanan mengambil pesakit.

Katanya, pemandu ambulans dan seorang doktor yang turut berada di dalam kenderaan itu tidak cedera.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu MPV jenis Toyota Avanza melanggar sisi kiri ambulans di hujung pembahagi jalan ke arah Gambang.

"Pemandu MPV semasa itu hendak meneruskan perjalanan ke arah Tol Gambang yang terletak kira-kira 2 kilometer dari persimpangan itu semasa lampu isyarat masih hijau.

"Ambulans berkenaan pula sudah membunyikan dan memasang lampu siren semasa melalui persimpangan itu," katanya kepada pemberita.

Kamaruzaman menambah kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Katanya, pemandu MPV berusia 36 tahun yang dalam perjalanan seorang diri dari Seremban ke Kuala Terengganu tidak cedera, walaupun bahagian hadapan keretanya remuk teruk.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- Bernama.

Ambulans

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain