suria

Statistik dedah ramai lelaki Malaysia nak kahwin perempuan muda

Perkahwinan kanak-kanak bukanlah isu terpencil di negara ini," ujar penganalis tersebut.

GEORGE TOWN: Rupa-rupanya ramai lelaki di negara ini yang menyimpan keinginan untuk mengahwini perempuan muda.

Rekod terbaharu yang didedahkan oleh Institut Pulau Pinang itu merangkumi lelaki daripada pelbagai latar belakang agama.

Menurut statistik tersebut, bermula tahun 2005 hingga 2015, 10,240 lelaki Islam membuat permohonan untuk menikahi gadis muda.

Dalam kalangan bukan Islam pula, 7,719 lelaki membuat permohonan untuk berkahwin gadis lingkungan usia 16 hingga 18 tahun bermula 2000 hingga 2014.

Rekod tertinggi dicatat di Sarawak dengan 2,064 permohonan diikuti Kelantan (1,929) dan Terengganu (924) dari 2005 hingga 2015.

Penganalisis Pengajian Politik Institut Pulau Pinang, Ooi Kok Hin dalam kajiannya yang bertajuk “Child Marriages in Malaysia: Reality, Resistance and Recourse” mendedahkan permohonan perkahwinan kanak-kanak bukan Islam antara tahun 2000 hingga 2014, Sarawak mencatat rekod tertinggi dengan 1,750 kes diikuti Johor dengan 1,000 kes.

Malah, di Pulau Pinang sendiri terdapat 250 permohonan perkahwinan kanak-kanak bukan Islam diikuti Selangor dengan 700 permohonan dalam tempoh itu.

"Perkahwinan kanak-kanak bukanlah isu terpencil di negara ini. Kita sering berhadapan kes kanak-kanak dipaksa berkahwin dan terdedah dengan perilaku seksual sebelum mereka bersedia secara emosi dan fizikal," ujar Kok Hin.

Perkahwinan Kanak-Kanak

Artikel Lain