suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua polis maut kereta peronda terbabas

Dua anggota polis maut selepas kereta peronda dinaiki mereka terbabas di KM 183 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan berdekatan Maran. - fotoBERNAMA

KUANTAN: Dua anggota polis maut selepas kereta peronda yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 183.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman berkata, mangsa yang maut ialah Sarjan Mejar Roslan Maon, 50, dan Konstabel Watson Edin, 23, yang memandu kereta itu.

Kedua-dua mereka, yang bertugas di cawangan Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, dalam perjalanan dari Bentong ke Kuantan apabila kemalangan berlaku pukul 3.20 petang.

"Mangsa dalam tugas pemantauan mengiringi Ops QUPI iaitu kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 semasa kejadian.

"Kereta peronda dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu melanggar penghadang jalan menyebabkan kenderaan itu terperosok ke bawah penghadang jalan berkenaan.

"Impak kemalangan menyebabkan Roslan tercampak keluar dari kenderaan manakala Watson tersepit," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Norzamri berkata kemalangan dipercayai berlaku akibat keadaan jalan yang licin memandangkan cuaca semasa itu hujan dan lokasi kejadian baharu melepasi selekoh.

Beliau menambah pihaknya meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Katanya, kedua-dua mangsa yang telah berumahtangga dihantar ke Hospital Jengka, Maran untuk bedah siasat. - BERNAMA

polis, maut

Artikel Lain