suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hadi setuju dengan Tun M

Abdul hadi (kiri) dan Dr Mahathir.

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau pernah mengutarakan pendapat sama sebelum ini selain menasihati kerajaan perlu sentiasa merapatkan jurang perbezaan bandar dan luar bandar.

"Saya tertarik dengan kenyataan perdana menteri bahawa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia pada masa ini.

"Perkara ini pernah saya sebut dahulu bahawa bandar perlu dibangunkan bersama dengan luar bandar, manakala kestabilan ekonomi dan politik di bandar perlu dijaga bagi mengelak timbulnya jurang perbezaan dan ketegangan kaum dalam negara," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.

Dr Mahathir dalam program bicara minda Sinar Harian berkata, kerajaan masih belum bersedia melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dalam masa terdekat selepas mengambil kira komposisi kaum di bandar dan luar bandar.- Sinar Harian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain