suria

Empat pelajar suspek kes langgar lari di Cyberjaya ditahan, direman 4 hari

-fotoTHESTAR/MohdSaharMisni

PETALING JAYA: Empat suspek kes langgar lari yang membawa kepada kematian seorang wanita di Cyberjaya telah ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata suspek pertama, seorang lelaki Yaman berusia 22 tahun ditahan kira-kira jam 12 tengah malam Khamis di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa langgar lari di Cyberjaya meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dengar cerita, saya tak boleh…” - Bapa mangsa langgar lari tak sampai hati tengok video

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa langgar lari rajin puasa sunat, rakan tanya “kau ni dah taubat ke?” dan jawabnya…

"Seterusnya tangkapan lanjut telah dibuat di Verdi Residence, Symphony Hills, Cyberjaya, Sepang yang mana dua lelaki Libya berumur 24 dan 20 tahun serta seorang wanita berumur 32 tahun berasal dari Sabah telah ditahan.

"Sebuah kereta jenis Hyundai berwarna silver yang terlibat dengan kes turut dirampas," menurut kenyataan tersebut.

-fotoTHESTAR

Kesemua mereka adalah pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.

"Salah seorang lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai tersebut semasa kemalangan," katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, keempat-empat suspek telah direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sepang, Alpha Dragam, Jumaat.

mStar Online pada Khamis melaporkan seorang kakitangan wanita Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftsbury Square di Cyberjaya Rabu malam.

Abdul Aziz berkata mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales, dilanggar sebuah kereta model Hyundai ketika sedang melintas jalan di kawasan tersebut.

Pemandu dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran BHS 7999 bertindak melarikan diri dalam kejadian kira-kira 7.34 malam.

Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun meninggal dunia kira-kita 4 pagi, Khamis.

Abdul Aziz berkata kereta suspek turut merempuh empat lagi buah kenderaan yang diletakkan di kawasan itu iaitu sebuah kereta Toyota Avanza, Perodua Myvi, Honda City dan Proton.

Artikel Berikut

Artikel Lain