suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kabinet putus umur pengundi diturunkan kepada 18 tahun

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan untuk menurunkan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan dibuat menerusi mesyuarat mingguan pada Rabu, dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan akan dibuat tidak lama lagi.

"Salah satu perkara yang perlu dilakukan adalah bekerjasama dengan sayap pemuda parti-parti pembangkang kerana majoriti dua pertiga diperlukan untuk membuat pindaan undang-undang," katanya kepada pemberita.

"Semua yang berusia 18 tahun boleh mengundi menjelang pilihan raya umum akan datang, itu pasti," tambahnya.

Syed Saddiq yakin mendapatkan kerjasama daripada parti-parti politik, dengan mengatakan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi beberapa ketua pemuda.

"Saya boleh katakan mereka juga berminat dengan isu ini," katanya.

Lapan belas tahun merupakan usia yang dibenarkan dalam undang-undang Malaysia, dan dipertimbangkan sebagai umur yang boleh mengambil tanggungjawab penuh terhadap sesuatu tindakan seseorang, seperti layak untuk ujian memandu, berkahwin atau menandatangani kontrak.

Umur mengundi bagi Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, India, Iran, Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja telah diturunkan kepada 18 tahun.

Malaysia dan Singapura masih kekal usia mengundi pada 21 tahun.


pengundi, Syed Saddiq

Artikel Lain