Cara peniaga layan calon UPSR risik harga ‘superbike’ layak dapat 5 bintang

PETALING JAYA: Umurnya mungkin baru 12 tahun, tapi impiannya untuk memiliki motosikal Ducati berharga RM339,900 tidak sama sekali diperlekehkan peniaga motosikal berkuasa tinggi.

Kanak-kanak yang namanya tidak didedahkan itu menghantar mesej peribadi kepada Pengarah Urusan Madani Bikes untuk 'merisik' harga motosikal Ducati 1299 R pada Isnin.

Hairi Jasadi membalas pertanyaan tersebut dengan menyatakan harga 'superbike' berkenaan sebelum mengetahui umur sebenar pelanggannya itu.

Hairi menjemput pelanggan itu untuk datang melihat sendiri motosikal pilihannya di premis yang terletak di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur.

Namun, jawapan yang diberikan pelanggan itu sungguh mengejutkan dan amat mencuit hati pengarah urusan tersebut.

"Tak boleh sekarang (datang ke kedai) sebab saya belum Tingkatan 1 pun lagi, kalau saya nak beli pun tiga tahun akan datang.

"Agaknya, tiga tahun akan datang ada lagi tak motor macam ni?," soal pelanggan itu.

Paparan skrin perbualan antara Hairi dan pelanggan ciliknya.

Kanak-kanak tersebut sempat bertanya sama ada harga Ducati 1299 R akan turun dalam masa lima tahun akan datang.

"Yes, turun," jawab Hairi ringkas.

Perbualan melucukan itu dimuat naik oleh Hairi pada Selasa lalu dan menjadi tular di Facebook.

Setakat ini, posting tersebut menerima lebih 1,100 perkongsian dan mendapat lebih 2,200 tanda suka.

Rata-rata netizen menghormati dan mengagumi cara Hairi melayan pelanggan dengan penuh rasa sabar.

Hairi berkata, beliau tidak pernah membezakan layanan yang diberikan kepada semua pelanggan dan sentiasa memberikan yang terbaik biarpun pelanggan tersebut tidak serius untuk membuat pembelian.

"Saya dah biasa dapat pelanggan macam adik ni selama enam tahun menguruskan Madani Bikes.

"Orang tanya pelik-pelik pun, saya layan macam biasa je sebab bagi saya ini adalah ujian," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Tambah beliau, semua kakitangannya juga diminta melakukan perkara sama kepada semua pelanggan tanpa melihat latar belakang mereka.

Jelasnya, sebagai manusia biasa, kesabarannya pernah teruji tapi beliau tidak akan sekali-kali menunjukkan rasa tidak selesa atau membalas pertanyaan pelanggan dengan cara tidak menyenangkan.

Hairi merupakan Pengarah Urusan Madani Bikes.

"Mereka semua tu pelanggan. Kadang-kadang yang 'walk-in' pakai selipar, naik motor kapcai, tapi tak sangka dia betul-betul nak beli.

"Kita tak boleh pandang rendah pada semua orang. Ramai je pelanggan yang tanya macam serius tapi tak beli pun, ada juga yang tanya sekali terus datang kedai dan beli," ujarnya.

Menurut Hairi, Madani Bikes menumpukan kepada jualan 'superbike' jenis Ducati dan beberapa jenama lain serta beberapa aksesori permotoran.

Semua motosikal yang terdapat di premisnya adalah jenis berkuasa tinggi iaitu 400 CC ke atas.

Harga bagi sebuah motosikal Ducati di Madani Bikes bermula antara RM50,000 hingga RM173,000.

Bagaimanapun, Ducati 1299 R bernilai RM339,900 itu hanya dipamerkan selama sehari di premisnya.

Ducati

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain