Pelari maraton 93km beri penghormatan kepada Dr Mahathir - Semasa | mStar

Pelari maraton 93km beri penghormatan kepada Dr Mahathir

ALOR SETAR: Seorang eksekutif bank telah memulakan larian maraton sejauh 93 kilometer dari Alor Setar ke Pulau Pinang sebagai penghormatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ahmed Faisal Mohd Lazim, 43, seorang eksekutif cawangan Maybank Butterworth memulakan lariannya dari rumah Dr Mahathir yang dilahirkan di Jalan Pegawai, Alor Setar pukul 9.00 malam Sabtu.

Dia dijangka tiba kira-kira pukul 9 pagi Ahad (16 September) di Wisma YMSC, King Street, George Town. Ahmed Faisal adalah pelari jarak jauh yang berpengalaman dan berharap dapat meneruskan lariannya sama ada hujan atau tidak, dengan beberapa  minit rehat.

Dia menganggap lariannya ini sebagai maraton ultra, bagi jarak antara 50km hingga 100km.

Larian Ahmed Faisal dilepaskan oleh Timbalan Presiden Gabungan Persatuan India Muslim Pulau Pinang (Gapeim) Munower Sadiq Kader Sultan dan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah, Mohd Adzlee Abdullah serta pegawai dan ahli Kelab Sukan Muda Islam (YMSC) Pulau Pinang.

Turut hadir, isterinya  Hajibee Mohd Ali, 43, anak perempuan Nur Syafiqah Sherin, 18, dan anak lelaki Ahmed Irfan Ali Ahmed Faisal, 10.

93km , maraton , Dr Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

"Pesalah rasuah mesti dihukum!"

Kerajaan sedia kaji semula royalti

Artikel Lain