Pemilihan PKR: Dua lelaki ditahan minta rasuah - Semasa | mStar

Pemilihan PKR: Dua lelaki ditahan minta rasuah

ALOR SETAR: Dua lelaki ditahan reman selama enam hari  demi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan politik wang RM20,000.

Dua lelaki itu disyaki meminta rasuah daripada seorang calon yang bakal bertanding dalam pemilihan PKR Kedah pada 22 September ini.

Suspek pertama berusia 48 tahun ditahan jam 12.20 tengah hari, kelmarin di sebuah restoran di Alor Setar, manakala suspek kedua berusia 46 tahun ditahan jam 3.25 petang di Plaza Tol Pendang Lebuhraya Utara-Selatan.

Kedua-dua lelaki berkenaan didakwa meminta rasuah RM20,000 daripada seorang lelaki berusia 58 tahun itu sebagai dorongan untuk memastikan namanya kekal bertanding dalam pemilihan tersebut.

Sebelum itu, suspek memaklumkan kepada lelaki terbabit bahawa namanya dan beberapa individu lain akan digugurkan daripada senarai nama calon, namun boleh dikekalkan jika membayar suapan berkenaan.

Susulan penahanan tersebut, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM10,000 daripada kedua-dua suspek.Kedua tertuduh yang memakai baju-T berwarna biru muda dan biru laut dilihat tiba di Mahkamah Majistret 3, di sini dengan diiringi anggota SPRM kira-kira pukul 9.45 pagi.

Perintah tahan reman sehingga 21 September ke atas suspek dikeluarkan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16a (A) Akta SPRM 2009.-Sinar Harian

Rasuah , PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini