Tragedi tahfiz: “Selamat hari jadi Kakak... dah setahun perginya Abang, anak syurga”

KENANGAN... Norazlin (kiri) bersama anaknya, Allahyarham Muhammad Afiq Haqimie. Foto Facebook Lin Aziz

PETALING JAYA: Tanggal 14 September datang lagi, sekali gus bermakna genap setahun tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat di Kuala Lumpur, yang mengorbankan 23 nyawa.

Bagi seorang ibu kepada salah seorang daripada 21 pelajar tahfiz yang terkorban, tarikh itu bukan sahaja memperingati hari pemergian anaknya, Muhammad Afiq Haqimie Hairulizam tetapi juga ulang tahun salah seorang anak perempuannya.

Malah bagi Norazlin Abd Aziz, 37, ia pastinya berat buat puterinya yang berdepan dengan ulang tahun kelahirannya saban tahun.

Allahyarham Muhammad Afiq Haqimie Hairulizam.

“14 September 2018 selamat hari jadi Kakak (Nur Arryssa Aqiera) dan juga tarikh pemergian anak syurga Abang (Muhammad Afiq Haqimie).

“Tiap-tiap tahun kelahiran dia (Nur Arryssa)... dia akan ingat sampai bila-bila. Allahuakbar, Al-Fatihah buat Abang dan juga arwah anak-anak tahfiz Ittifaqiyah,” kata Norazlin menerusi halaman facebooknya, awal pagi Jumaat.

Lebih menyayat hati, Norazlin yang menggambarkan Muhammad Afiq seorang yang periang dalam keluarganya, turut memuat naik gambar yang dipercayai diambil dari dalam kereta, di Jalan Keramat Hujung menunjukkan bahagian depan tahfiz itu.

“14 September 2018, jalan ini sesak waktu 14 September 2017. Al-Fatihah,” menurut keterangan gambar yang dimuat naik di laman sosialnya pada pagi Jumaat, bagi merujuk kepada hari tragedi setahun lalu dipenuhi orang ramai termasuk polis, pasukan perubatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat.  

Allahyarham Muhammad Afiq merupakan anak sulung daripada dua beradik yang ketika itu berusia 11 tahun maut dalam tragedi itu.

Muhammad Afiq yang dilahirkan pada 4 Disember 2006, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang, dalam satu liang lahat bersama dua sepupunya yang juga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Azkar Abiedi F. Zaska dan Azkar Dariemi F. Zaska.

Tragedi kebakaran pusat tahfiz yang berlaku pada pukul 5.15 pagi itu menyebabkan 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut selepas terperangkap dalam kebakaran bangunan sementara itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain