Mangsa culik di Semporna di bawa ke selatan Filipina

KOTA KINABALU: Dua orang nelayan yang diculik di Semporna pada awal pagi 11 September lalu dipercayai sudah dibawa suspek ke selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata pihaknya difahamkan mangsa dibawa ke satu tempat dikenali sebagai Talipau, di selatan negara jiran berkenaan.

"Kita masih bekerjasama dengan pihak keselamatan Filipina untuk kesan suspek dan mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Omar juga berkata pihaknya belum menerima apa-apa panggilan sama ada daripada pihak suspek atau mangsa untuk menuntut sebarang wang tebusan.

Pada 11 September lalu, kira-kira jam 12.30 pagi, dua orang nelayan warga Indonesia diculik dua lelaki bersenjata ketika sedang menangkap ikan di Pulau Gaya, Semporna.

Dalam insiden itu, dua lagi kru bot nelayan berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam satu ruang dalam bot berkenaan.--Bernama       
culik, Semporna, Filipina

Artikel Sebelum

Buku dedah skandal 1MDB laku keras

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain