Buku dedah skandal 1MDB laku keras

Penulis The Sarawak Report : Inside Story of 1MDB Expose Clare Rewcastle Brown (tengah) bersama orang ramai sambil menunjukkan buku itu pada majlis pelancaran buku tersebut, Khamis. - Foto Bernama

GEORGETOWN: Cetakan pertama  5,000 naskhah buku mengenai skandal  1Malaysia  Development Berhad (1MDB) yang ditulis editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown habis dijual.

Wanita itu berkata beliau tidak menjangka buku setebal 528 muka surat bertajuk ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose’ tersebut menerima sambutan begitu memberangsangkan sejak  pelancarannya pada 8 September.

"Sebelum ini saya khuatir buku saya tidak akan dibaca oleh masyarakat,"  katanya yang ditemui  pada sesi menandatangani bukunya di Penang Institute, di sini, Jumaat.

Rewcastle-Brown yang gembira dengan perkembangan itu berkata beliau telah meminta penerbit yang berpangkalan di United Kingdom mengulang cetak buku berkenaan.

Pada masa sama beliau berharap bukunya itu akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjadi wartawan pada masa depan bagi melindungi ‘Malaysia Baharu’.

Katanya generasi muda perlu memahami kepentingan wartawan dalam menjaga  demokrasi  dengan mencari dan melapor kebenaran  tanpa rasa takut sekalipun dipandang sebagai ‘Public Enemy No. 1’ (ancaman paling berbahaya kepada masyarakat).

“Jika wartawan ‘diserang’ oleh pihak berkuasa, ini bermakna apa yang mereka lakukan memberi kesan. Sudah tentu ada wartawan yang tidak jujur tetapi lebih mudah berurusan dengan wartawan sebegini daripada berurusan dengan kerajaan yang tidak jujur dan berbahaya.

“Kerjaya wartawan adalah suatu yang menyeronokkan dan walaupun kerjaya ini tidak menjadikan  anda kaya-raya, ia memberi kepuasan yang tinggi dari segi berkhidmat kepada masyarakat dan berjuang demi rakyat,” katanya.

Skandal 1MDB disifatkan sebagai antara faktor utama tumbangnya kerajaan Barisan Nasional dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lalu.

Rewcastle-Brown memainkan peranan utama dalam pendedahan fakta skandal 1MDB  termasuk identiti  dalangnya.- Bernama



Clare, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain