Trending No.1 tapi Bobo Dimana dapat lebih 100,000 tanda 'tidak suka'! - Semasa | mStar

Trending No.1 tapi Bobo Dimana dapat lebih 100,000 tanda 'tidak suka'!

PETALING JAYA: Rata-rata netizen terus menolak lagu Bobo Dimana nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang berkolaborasi dengan Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna.

Terbaharu, video lirik lagu itu yang trending No 1 di laman YouTube pada Jumaat dengan merekodkan hampir satu juta tontonan digunakan sebagai platform netizen untuk menterjemahkan rasa kurang senang mereka.

Video yang baharu dimuat naik dua hari lalu menerima 102,000 tanda 'tidak suka' dan hanya 13,000 tanda 'suka'.

Aliff Syukri menerusi Instgramnya sebelum ini memberitahu video rasmi lagu itu akan dipertontonkan kepada umum dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi.

Ainiasmee berkata:"Shame... shame... shame... on u Dato. Produk Dato saya dah buang dah, sumpah tak akan beli lagi sampai bila-bila."

Sajat, Aliff Syukri dan Lucinta.

Rina_Maliana berkata:"Too bad! Merosakkan minda anak-anak. Dan perangai budak-budak. Nak duet pun pergi la cari artis Indonesia terkenal Krisdayanti ke Cakra ke? B**** tu nak pergunakan dato je nak terkenal kat Malaysia. Doa yang baik-baik je lah. Jadikan iktibar dah lepas ni.

Aimanyus23 berkata:"Maaf abg... saya bukanlah baik mana tapi saya terkilan sangat-sangat music video ni sangat-sangat keterlaluan. Sekarang ni budak-budak pun dok main IG... FB... Youtube... bayangkan tiba-tiba anak-anak Dato tengok MV ni dan tanya... Papa x malu ke... Dato nak jawab apa.

Nieysa_razak berkata:"Maaf... serious video clip sampah pernah aku jumpa!

Terdahulu, Aliff Syukir dikecam netizen gara-gara memuat naik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.

Perkara itu turut mendapat perhatian personaliti TV, Wardina Safiyyah yang meminta agar video tarian melampau itu dipadamkan.

Malah, tindakan itu turut mendapat perhatian ibunya, Rozita Ibrahim yang menegur Aliff Syukri secara berlembut di Instagram.

Aliff Syukri bagaimanapun memadam video tarian tersebut selepas dikecam netizen.

Bobo Dimana , Aliff Syukri

Artikel Sebelum

Nik Amlizan Ketua Eksekutif LTAT yang baharu

Artikel Berikut

LGBT layak dipertimbang terima zakat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain