suria

Musa Aman bergegas pulang ke Sabah untuk selamatkan kerusi Sungai Sibuga

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dijadualkan pulang ke negeri itu pada Rabu bagi upacara angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga sebelum kelayakannya terbatal.

Musa yang sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 21 Ogos lalu dijangka tiba di Kota Kinabalu pada tengah hari Rabu.

Sebelum ini, bekas ketua menteri itu disabitkan terbabit dengan kes ugutan jenayah dan polis Sabah telah mengambil keterangan daripada beberapa individu bagi melengkapkan siasatan terhadap kes tersebut.

Bekas pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, mereka pada mulanya menyerahkan kertas siasatan fasa pertama kepada Jabatan Peguam Negara, tetapi diminta untuk memberi maklumat lanjut berhubung siasatan.

"Oleh itu, kita telah menyoal siasat dan mengambil kenyataan lebih ramai individu," katanya, sambil menambah bahawa mereka akan menyerahkan kertas siasatan yang lengkap kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, Musa yang kini dalam jaminan polis, dipantau.

"Pergerakannya diawasi, kita tidak tahu bila dia merancang untuk pulang ke Sabah," katanya.

Kebanyakan keterangan dirakamkan di Sabah.

Adun berusia 67 tahun itu pernah berkelar ketua menteri paling lama berkhidmat di Sabah dan mendakwa beliau masih ketua menteri yang sah.

Beliau menegaskan bahawa jawatannya telah dilucutkan secara tidak sah oleh Gabenor, yang kemudian menggantikannya dengan presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 12 Mei. - The Star

Musa Aman

Artikel Lain