suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan mudah jadi PM sekarang

ALOR SETAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau sendiri akan berdepan dengan kesukaran mengurus dan memulihkan ekonomi negara sekiranya memegang jawatan perdana menteri pada ketika ini.

Presiden PKR itu berkata ia kerana negara dibebani dengan hutang yang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Justeru, katanya, memegang jawatan nombor satu negara bukan satu tugas yang mudah kerana tiada siapa menjangkakan ekonomi negara seteruk ini selain terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memburukkan lagi imej negara di mata dunia.

"Kerajaan baharu memang banyak cabaran, kalau saya jadi perdana menteri pun tidak mudah, tiada siapa boleh jangka ekonomi negara kita teruk macam ini, dengan masalah Felda dan 1MDB," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Kedah and Perlis, di sini Ahad.

Beliau berkata apa yang menghairankan ketika ini adalah apabila ada dalam kalangan pemimpin Umno yang mengkritik kerajaan baharu dengan pelbagai modal, sedangkan ‘kerosakan' negara itu adalah berpunca daripada mereka.

Berhubung pemilihan parti, Anwar berkata pihaknya tidak rela ada pemimpin yang menyalahgunakan kedudukan masing-masing untuk meraih undi kerana setiap jawatan yang diberikan adalah amanah yang perlu dipikul untuk membawa agenda transformasi.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan menyingkirkan mana-mana calon yang kalah dalam pemilihan sebaliknya mereka akan dibawa bersama-sama untuk menerajui parti pada masa akan datang.

"Sehubungan itu saya ingin menasihatkan anggota parti agar pilihlah pemimpin yang jujur, baik, istiqamah dalam perjuangan, tidak sombong dan tidak tunjuk kekayaan tapi mempamerkan kesederhanaan serta tegas mempertahankan parti," katanya.

Pemilihan parti itu akan berlangsung pada 14 September hingga 13 Oktober di seluruh negara. - BERNAMA

Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Hishammuddin yang mana satu?

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia