suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelab gay operasi lebih 30 tahun diserbu

KUALA LUMPUR: Sebuah kelab gay didakwa beroperasi lebih 30 tahun di Bukit Bintang, diserbu pihak berkuasa menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op Bah), awal pagi Sabtu.

Ketika serbuan, kira-kira 60 lelaki termasuk pengunjung dan pelayan, serta dua wanita merupakan pekerja berada dalam kelab itu.

Berlaku sedikit kekecohan apabila salah seorang pengunjung warga asing ketika pihak berkuasa mahu membuat pemeriksaan ke atas mereka bagaimana keadaan dapat dikawal tidak lama kemudian.

Hasil pemeriksaan mendapati kelab berkenaan merupakan tumpuan pelancong asing dan warga tempatan.

Seramai 20 lelaki Melayu diberi notis kaunseling oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Operasi diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikshan itu turut menyerbu sebuah lagi kelab hiburan dan dua kawasan projek perumahan rakyat (PPR) membabitkan tindakan daripada pihak Jawi dan Jabatan kebajikan masyarakat (JKM), jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kastam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


gay, Jawi, Op Bah

Artikel Lain