suria

Kejam! Lelaki dibunuh, mayat disumbat dalam kotak sebelum dibuang ke sungai

KUALA LUMPUR: Mayat warga Pakistan yang dilaporkan hilang ditemui dalam sebuah kotak yang dibuang dalam sungai selepas dua suspek membawa polis ke lokasi pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, dua suspek yang juga rakyat Pakistan mengaku melakukan perbuatan jenayah itu.

Abang mangsa berusia 27 tahun berkata, adiknya hilang daripada rumah mereka di Lorong Sentul.

"Pada 12 Ogos kira-kira pukul 8.30 malam, abang mangsa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali mengarahkannya supaya membayar RM100,000 kerana mereka telah menculik adiknya.

"Dia juga diarah supaya tidak melaporkan perkara itu kepada polis," kata Munusamy.

Siasatan yang mula dijalankan bagaimanapun membawa kepada penahanan tiga suspek pada Jumaat, 17 Ogos.

"Dua warga Pakistan dan seorang rakyat Myanmar telah ditahan.

"Warga Pakistan itu telah mengaku membunuh mangsa pada 15 Ogos sebelum memasukkan mayat ke dalam kotak dan membuangnya ke sungai di kawasan Taman Perindustrian Kepong.

"Pada kira-kira pukul 7.15 malam, suspek membawa polis ke lokasi kotak itu dibuang," katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Munusamy, Pakistan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain