suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis dirogol lelaki baru dikenali menerusi WhatsApp

KUCHING: Polis menahan lelaki yang disyaki merogol seorang gadis berusia 14 tahun yang baru dikenali menerusi aplikasi Whatsapp.

Ketua  Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, lelaki yang berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Samariang, Petra Jaya, Jumaat selepas mangsa membuat laporan polis.

Beliau berkata pada Khamis, gadis itu telah membuat laporan polis yang mendakwa bahawa beliau telah dirogol oleh seorang lelaki yang yang dikenalinya melalui apklikasi Whatsapp sejak lima bulan lepas.

“Kejadian itu dikatakan berlaku pada 13 Ogos di sebuah hotel bajet di Kawasan Padungan,”katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Kes disiasat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan hukaman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Ng Ah Lek  menasihati ibu bapa supaya  mengawasi tingkah laku serta pergaulan anak gadis  mereka agar tidak menjadi mangsa rogol.—-Bernama    

WhatsApp, rogol, Ng Ah Lek

Artikel Lain