Keluarga Siti Nur Ismawida masih tunggu kesahihan berita - Semasa | mStar

Keluarga Siti Nur Ismawida masih tunggu kesahihan berita

KUALA LUMPUR: Keluarga rakyat Malaysia, Siti Nur Ismawida Ismail, 30, yang dilaporkan maut dalam kejadian gempa bumi di Pulau Lombok padad Ahdmasih belum menerima sebarang pengesahan berhubung kejadian itu.

Bapa mangsa, Ismail Abdul Raffar, 62, berkata hingga 6 petang ini, tiada mana-mana pihak sama ada Kedutaan Malaysia di Jakarta ataupun Kementerian Luar yang menghubungi mereka bagi memaklumkan perkara itu.

Katanya sehubungan itu, pihaknya berharap agar kerajaan dapat membawa beliau atau suami Siti Nur Ismawida ke Lombok bagi membuat pengecaman mayat sekiranya mangsa yang terkorban itu anaknya.

“Saya hanya tahu perkara itu ketika menonton berita tengah hari tadi. Saya harap pihak kerajaan dapat membantu kami (keluarga) untuk memudahkan proses pengecaman.

"Dan jika benar mangsa yang terkorban itu anak saya, saya harap pihak berkenaan dapat membantu mempercepatkan proses membawa pulang jenazah ke Malaysia," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman seorang daripada anaknya di Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Ismail turut mendakwa keluarganya telah menerima beberapa panggilan telefon yang dipercayai ejen yang ingin menguruskan proses membawa pulang jenazah ke ibu negara.

“Ada antara mereka meminta hingga lebih 80 juta Rupiah (RM22,500) bagi urusan membawa pulang jenazah. Pihak keluarga tidak tahu sama ada ejen berkenaan sah atau sebaliknya. Saya harap pihak kerajaan dapat membantu menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata anak keduanya daripada tiga beradik itu amat meminati aktiviti lasak dan telah mendaki hampir kesemua lokasi pendakian di negara ini.​​​​​​​

Siti Nur Ismawida, seorang pensyarah kolej swasta di Ampang, adalah antara 18 peserta kumpulan pendaki rakyat Malaysia yang tiba di Lombok pada Selasa lepas untuk mendaki Gunung Rinjani dan dijadual pulang ke tanah air, hari ini.

Kali terakhir mangsa menghubungi keluarga pada malam tadi menerusi aplikasi Whatsapp.

Mangsa dilaporkan parah setelah dihempap runtuhan bangunan rumah yang didudukinya.

Gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter itu menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok menyebabkan penduduk kawasan itu dilaporkan bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa itu terjadi  berpusat 28 km Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km, hingga menyebabkan kerosakan bangunan dan struktur di kawasan yang terlibat iaitu Kapubaten Lombok Timur dan Kabupatan Lombok Utara.

Setakat 2  petang ini, pihak berkuasa Indonesia mengesahkan 40 mangsa dilaporkan cedera parah dan luka ringan manakala 10 lagi disahkan meninggal dunia.-Bernama

Gempa bumi , lombok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga maut, kereta langgar bas Ekspres

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini