Kerajaan akan mansuh undang-undang halang rakyat bersuara - Semasa | mStar

Kerajaan akan mansuh undang-undang halang rakyat bersuara

SANDAKAN: Kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang menyusahkan kebebasan rakyat untuk bersuara, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Menurut beliau ia sejajar dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan rakyat kebebasan bersuara dalam Malaysia Baharu.

"Rakyat punyai hak untuk bersuara dan menegur kerajaan serta pemimpin tetapi tidak boleh membuat fitnah jika tiada bukti dan asas," katanya pada Majlis Kesyukuran dan Perasmian Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Sapi, Ahad.

Tanpa menyatakan akta tersebut, Liew yang juga Anggota Parlimen Batu Sapi berkata pemimpin dan kerajaan di bawah PH bersikap terbuka menerima teguran rakyat tanpa menyentuh soal peribadi pemimpin.

Dua akta yang telah dinyatakan oleh kerajaan akan dimansuhkan adalah Akta Antiberita Tidak Benar dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma.

Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Vui Kong menafikan dakwaan perluasan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak di negara ini akan dihentikan yang dinyatakan oleh Anggota Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman.

Katanya ini satu lagi dakwaan berunsur fitnah kerana beliau selaku menteri yang bertanggungjawab portfolio berkaitan undang-undang, belum membuat perbahasan di Parlimen.

Vui Kong diminta mengulas dakwaan Azalina itu ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen pada Khamis lepas.- Bernama

Undang-Undang , Rakyat , Bersuara

Artikel Sebelum

Tiga maut, kereta langgar bas Ekspres

Artikel Berikut

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain