suria

Tiga maut, kereta langgar bas Ekspres

IPOH: Seorang lelaki dan dua wanita maut selepas kereta dinaiki mereka hilang  kawalan dan melanggar sebuah bas ekspres di KM308.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara,  sebelum susur keluar Gopeng di sini, Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini berkata, bagaimanapun dua lelaki iaitu penumpang  kereta Toyota Vios berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

Manakala 16 penumpang bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan meneruskan  perjalanan ke Alor Setar.

“Pihak bomba menerima panggilan pukul 9.40 pagi sebelum Balai Bomba dan Penyelamat Tapah bergegas ke tempat kejadian.

“Tiba di tempat kejadian mendapati tiga mangsa tercampak di atas jalan raya dan disahkan maut di  tempat kejadian.

“Pasukan bomba seterusnya membuat kerja membersih jalan dan memastikan tiada lagi sebarang objek  di jalan raya yang boleh membahayakan pengguna.

Operasi itu tamat pukul 11.50 pagi,” katanya dalam satu  kenyataan di sini.-Bernama

Kemalangan maut

Artikel Lain