suria

Anwar mahu masa bersama keluarga, bukan Kabinet

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim belum bersedia untuk menyertai barisan Kabinet buat masa ini.

Sebaliknya, kata Ketua Umum PKR itu, beliau mahu diberi ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga ketika ini.

Tambah Anwar, hasrat tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya beritahu lebih baik untuk beliau (Dr Mahathir) dan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) bersama 'pasukan' untuk meneruskannya (Kabinet).

"Berilah saya masa dan ruang untuk bersama keluarga dan menjelajah ke beberapa negara untuk memenuhi beberapa jemputan luar bagi menyampaikan ucapan," katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Segambut di sini, petang Rabu.

Isterinya, Dr Wan Azizah dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Anwar berkata, beliau yakin Dr Mahathir akan memahami keputusan tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau akan terus mengikuti perkembangan pentadbiran kerajaan baharu itu.

"Saya tak perlu berkhidmat di Kabinet buat masa ini," katanya.

Anwar, Kabinet

Artikel Lain