suria

Anwar aktif politik selepas Aidilfitri

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka kembali aktif untuk mewarnai arena politik negara selepas Aidilfitri.

Peguam Anwar, R. Sivarasa berkata, tempoh itu ditetapkan bagi memberi masa kepada Ketua Umum PKR itu terus menjalani rawatan dan berehat.

"Sepanjang Ramadan ini bukan masa yang sesuai, mungkin selepas Aidilfitri.

"Dia juga berhasrat menemui kenalannya di luar negara," katanya apabila ditanya mengenai pembabitan semula Anwar dalam politik negara.

Kata Ahli Parlimen Sungai Buloh itu, apabila masanya tiba, pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan melibatkan bekas timbalan Perdana Menteri itu.

Mengulas lanjut, Sivarasa berkata, Lembaga Pengampunan Diraja telah memberikan pengampunan penuh kepada Anwar yang membolehkannya kembali aktif dalam arena politik.

"Beliau bukan saja bebas secara fizikal tetapi  juga boleh menyertai politik selepas pengampunan diberikan.

"Anwar mungkin akan berehat terlebih dahulu untuk menemui sahabat-sahabat beliau sebelum kembali aktif dan selepas raya kita akan memulakan proses untuk mengembalikan beliau ke Parlimen.

"Bagaimanapun ia bergantung dengan rundingan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini, 


Anwar, Sivarasa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain