suria

Umat Islam di Malaysia mula puasa Khamis

Petugas dari Pejabat Mufti Wilayah melakukan pemeriksaan data rukyah sebelum melakukan cerapan untuk melihat anak bulan Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa untuk menetapkan tarikh permulaan puasa.
- Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis, 17 Mei 2018, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Ketika mengumumkannya, beliau berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah hari ini, 15 Mei, Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah.

Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan melihat anak bulan Ramadan pada petang tadi di 29 lokasi penting di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.-Bernama

Ramadan, puasa, khamis

Artikel Sebelum

Anwar bebas hari ini

Artikel Lain