suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar mengadu bahu kanan bengkak, bosan dalam wad

KETIKA ramai pihak menanti detik bersejarah iaitu hari pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami menerima sebuah video yang dikongsikan anak saudaranya.

Harris Sani, 34, merakamkan situasi berkenaan ketika menziarahi Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) pada Selasa.

Berdasarkan rakaman berkenaan, Anwar dilihat sedang rancak berbual dengan beberapa pelawat lain yang ingin tahu mengenai keadaan kesihatannya.

"I buat cycling... tak boleh sebab tangan selalu sakit, bengkak. Masih bengkak di bahagian atas ini.

"Saya lakukan ini sejak berbulan-bulan, apa lagi saya nak buat?" kata Anwar menerusi rakaman tersebut.

Turut kelihatan setia berada di sisi Anwar ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi pengampunan penuh kepada Anwar.

Pengampunan itu akan membolehkan Anwar kembali bergiat secara aktif dalam politik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain