suria

Elyas Omar meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Ketiga, Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia pada Selasa.

Beliau dilaporkan meninggal dunia pukul 7.15 malam di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 82 tahun.

"Dengan rasa sedih, ingin saya maklumkan pakcik saya yang juga bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pukul 7.15 petang tadi," jelas Syahril A.Kadir di laman Facebooknya.

Selain menjadi datuk bandar, Elyas merupakan bekas presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Manakala Allahyarham juga aktif dalam pengurusan bola sepak apabila dilantik menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dengan membawa pasukan menjuarai Piala Malaysia dari tahun 1987 sehingga 1989.

Tan Sri Elyas Omar, BAM, KLFA, KL

Artikel Lain