suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sari bendera gaya unik penyokong PKR sambut Anwar

KEHADIRAN seorang wanita yang memakai sari daripada bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik perhatian pengamal media yang berkumpul di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) pada Selasa.

Ketika didekati, Devamalar R. Mugam berkata dia berpakaian sedemikian sebagai penghormatan kepada pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong.

"Apabila mengetahui beliau akan dibebaskan, saya terus ambil cuti tahunan untuk datang ke sini.

"Tapi nampaknya beliau tidak dibebaskan hari ini. Tapi bagi saya bebas ataupun tidak...ini adalah tanggungjawab saya sebagai penyokong," katanya.

Menurut Devamalar, dia membelanjakan RM150 bagi menempah pakaian tradisional masyarakat India itu.

Katanya, dia menggunakan enam meter bendera yang siap dijahit bagi menghasilkan pakaian berkenaan.

Anwar Ibrahim, Devamalar

Artikel Lain