suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mah nafi PR Australia

Mah Siew Keong.

TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong pada Isnin membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau pemastautin tetap Australia.

Sambil menegaskan beliau bukan pemastautin tetap negara itu mahupun pernah memohon untuk tujuan berkenaan, Mah berkata tuduhan yang dibuat Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming tersebut adalah tidak berasas sama sekali.

Ini kerana katanya jika benar beliau pemastautin tetap negara lain maka mustahil untuknya bertanding pada pilihan raya umum (PRU) di negara ini sejak 2008.

"Ini adalah fitnah dan cubaan Nga untuk mencemarkan reputasi saya sebagai seorang individu sekali gus menghakis keyakinan pengundi Teluk Intan.

"Laporan polis ini bertujuan mengambil tindakan undang-undang yang wajar untuk melindungi diri saya daripada menjadi mangsa sindiran yang disengajakan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini.

Nga dilaporkan meminta Presiden Gerakan itu membuat kenyataan terbuka sama ada beliau pernah memohon taraf pemastautin tetap Australia.

Mengulas lanjut, Mah berkata pihak pembangkang telah menyebarkan pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen selain memaki hamun pengikutnya di laman media sosial.

Sementara itu beliau berkata tahap penerimaan dan kesediaan penduduk Teluk Intan terhadap BN menjelang PRU14 lebih baik berbanding PRU13 biarpun kerusi itu menjadi tumpuan pihak pembangkang.

Kali ini Mah yang juga penyandang dicabar oleh Nga yang bertanding atas nama dan logo PKR serta calon PAS, Ahmad Ramadzan Ahmad Daud. - BERNAMA

Mah Siew Keong, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain