suria

Anina tiada hak persoal kekayaan saya - Daim

Daim Zainuddin.

SHAH ALAM: Tun Daim Zainuddin berkata bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin tiada hak untuk mempersoalkan kekayaannya.

"Siapa dia untuk mencabar saya?," katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk Seksyen 11 di sini Isnin.

Daim berkata Anina pada mulanya menyokong Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamed sebelum keluar parti dan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Anina tidak berupaya mencabar sokongan Dr Mahathir di Langkawi, lokasi beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ditanya jika beliau akan menyertai Pakatan Harapan, Daim berkata beliau tidak perlu menyertai pakatan pembangkang, sebaliknya akan berkempen untuk mereka.

Semasa ceramah di Seksyen 11, Daim turut terlibat dalam sesi soal jawab bersama calon Pakatan Khalid Samad (Shah Alam-Amanah), Najwan Halimi (Kota Anggerik-PKR) dan Rodziah Ismail (Batu Tiga-PKR).

Pada sidang media terdahulu, Anina mencabar Daim dan bekas veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Dr Rais Yatim untuk mengisytiharkan kekayaan mereka.

Anina Saadudin, Daim Zainuddin, PRU14

Artikel Berikut

Mah nafi PR Australia

Artikel Lain