suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lori lari pemeriksaan polis langgar 15 kenderaan

SUBANG JAYA: Seorang pemandu lori ditahan selepas melanggar 15 kenderaan semasa cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

Malah video insiden lori berkenaan dikejar polis hasil rakaman saksi kejadian, turut tular dalam media sosial.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, polis di Batu 9 Cheras cuba menghentikan lori membawa lebih muatan yang mempunyai bendera sebuah parti politik pada kenderaan terbabit.

Lori itu enggan berhenti dan berlaku adegan kejar-mengejar dari Kajang hingga ke USJ1 dekat sini.

Dua kereta peronda polis dan dua anggota dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cuba menghentikan lori terbabit dengan melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan itu.

Semasa cuba melarikan diri, lori terbabit melanggar 15 kenderaan yang diletakkan di bahu jalan dekat USJ1.

Sebaik sahaja lori berhenti, orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak menahan dan membelasah suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Polis di lokasi kejadian berjaya menahan pemandu tersebut.

Ketika dihubungi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai cubaan bunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

kemalangan, USJ1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain