suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak lemah, lembut pun bukan - Mukhriz

Mukhriz Mahathir. Foto G.C.TAN/The Star

JERLUN: Datuk Seri Mukhriz Mahathir membangkitkan kisah lampau semasa memberi ucapan sempena ceramah Pakatan Harapan di bekas kubu kuatnya di sini, Sabtu.

Kenyataan pendahuluannya ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang menggantikan Mukhriz bagi kedudukan yang sama dua tahun lalu.

"Saya membaca kenyataannya baru-baru ini, dengan mengatakan seperti 'Mukhriz yang dulu lemah lembut, dan sekarang suka menncerca'.

"Sebenarnya saya tidak 'lemah' atau 'lembut', saya hanya bersikap sopan dan ada bezanya," katanya.

Mukhriz menjadi Ahli Parlimen Jerlun selama satu penggal selepas pilihan raya 2008. Pada 2013, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Ayer Hitam.

Kemenangannya itu membuka jalan untuk beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada tahun yang sama, tetapi digulingkan kerana kehilangan keyakinan dalam kalangan exco negeri pada 2016.

"Saya boleh menjadi dari sopan kepada tegas, terutama apabila sesetengah pihak sengaja mengadakan sidang media ketika itu, mendakwa rakyat Kedah tidak lagi mahu saya sebagai Menteri Besar mereka."

Mukhriz turut menegaskan bahawa beliau sentiasa bersikap sopan dan pemimpin negara lain sepatutnya menghormatinya, dan melakukan perkara yang sama terhadap beliau.

Mukhriz Mahathir

Artikel Lain