suria

“Setiap hari saya letih” – Guan Eng

Lim Guan Eng.

GEORGETOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui mengalami keletihan sepanjang berkempen untuk PRU14 ini namun keletihan itu hilang selepas melihat semangat yang ditunjukkan penyokongnya.

Menurutnya, tiada apa yang diamalkannya melainkan menjaga kesihatan dengan mengamalkan makanan berkhasiat.

Guan Eng berkata, isterinya, Betty Chew berperanan dalam menjaga pemakanannya termasuk pengambilan makanan tambahan.

"Setiap hari saya letih, nak jalan pun saya letih. Tapi bila tengok sokongan yang diberikan, letih dah tukar jadi tenaga untuk terus berjuang.

"Apabila saya menghadiri ceramah di Melaka, Johor, Ipoh saya lihat puluhan ribu penyokong hadir. Ini peniup semangat saya. Walaupun saya letih, ia boleh dilupakan. Tapi kalau supplement, kena tanya isteri saya," katanya kepada media selepas melawat Pasar Air Itam di sini, Ahad.

Beliau turut berterima kasih kepada Betty kerana banyak membantunya berkempen di DUN Air Putih yang ditandinginya ketika beliau menjelajah seluruh negara untuk membantu Pakatan Harapan berkempen. - Sinar Harian

Lim Guan Eng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain