suria

Lipton perkenal teh botol 'sihat'

PETALING JAYA: Peminat Lipton Ice Tea boleh menikmati minuman itu dengan cara yang lebih sihat apabila perisa teh hijau baharu yang mengandungi 31 peratus kurang gula diperkenalkan bermula 7 Mei ini.

Ketua Pemasaran PepsiCo (M) Sdn Bhd, Putri Shireen Syed Othman berkata perisa baharu minuman berkenaan masih lagi mengekalkan rasa signatur Lipton walaupun kandungan gula telah dikurangkan.

"Kami menggunakan stevia iaitu bahan pemanis sifar kalori yang semulajadi. Walaupun gula sudah dikurangkan sebanyak 31 peratus, anda masih dapat menikmati kesegaran dan rasa yang sama.

"Ini kerana kita sedar mengenai rakyat negara ini yang semakin peka dengan kesihatan serta kesejahteraan diri mereka. Maka kami membuat transformasi untuk memenuhi keperluan mereka," kata Putri menerusi satu kenyataan media.

Teh hijau baharu itu boleh dinikmati menerusi dua pilihan perisa iaitu mangga pandan dan jasmin laici. Ia akan berada di pasaran bermula 7 Mei ini.

Menariknya minuman ini, kandungan gulanya serendah 5.8g bagi setiap 100ml membolehkan teh hijau ais Lipton itu menerima logo 'pilihan lebih sihat' daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lipton turut memperkenalkan kempen ikrar #LetsMove bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain